Monday, June 10, 2013

Overland Trip : China - Vietnam :Nanning-Halong Bay

hai...
dah berapa entry nih?
bila nak abis ?
masih dalam tanah jajahan China?
bertabahlah korang membacanya.
(wa sendiri musykil.....zaman bilo la cito nih nak abeh?)
opsss....  

meh tunjuk gambo makanan...
kami makan di kedai 
yang berhampiran dengan pusat pengajian agama  

cantik tersusun kedai ini
ada gak nampak gambar orang-orang Malaysia yang pernah makan di sini.
nak tau mana? baca blog janggeltrekker yang semakin hari semakin pantas 
meng-upload citer sambil cubaan memintas entry wa...hehehe
sila ke SINI


selepas kami makan 
yang dibelanjai oleh seseorang itu
(Alhamdullilah...semoga murah rezeki beliau...)
kami ke sini


menunaikan kewajipan

ruangan solat lelaki
ruangan solat perempuan di atas.
bangunan nih merupakan 'one-spot-centre'
untuk warga tempatan mempelajari ilmu agama islam
kami di sapa oleh anak penguasaha restoran...
"assalamualaikum..."
dengan pelat usia 3-4 tahun
dengan memandang kami melalui matanya yang sepet
comelllll....
"waalaikumussalam" hampir serentak kami balas...
dan bapa nya senyum...
berkata sesuatu dengan anaknya tadi...
ok...that's soooo sweetttt....


sweet macam wa?
erghhhh....


restoran di bahagian bawah.
jom kita bertolak ke???



sini...demi 'bunuh masa' (betul kan?"kill the time"???)
demi menghabiskan masa kami di Nanning
kami hendak ke taman bunga....
kami cuba tahan lori teksi


"alo brooooo!!!!"
"sini!!!"
"mai...mai...laiii...laiii"
jerit John


kurang berhasil
maka kami melintas jalanraya tersebut
dengan harapan
leh naik teksi
tapi....

deme buat bodo tak dengar
ataupun suspen nengok kami berlapan nih
pelik..dari negara mana tah datangnyer?


pasrah
kami balik ke hostel
rehatkan diri
dan siap-siap untuk berdangdut keluar pada malam hari..
kita tengok Nanning pada waktu malam...
jommmm...


sori aaa...gambo gegar
sebab berapa kali ntah
wa asyik nak terjatuh
lantai itu licin 
dan selipa wa dah tak de bunga....

demi peminat...demi ahli rombongan, demi desakan kami
akhirnya ketua rombongan membelanja kami 
secara berjemaah dan mewah
di sini...

wa dok Malaysia pun bole kira
berapa kali je mampu minum kopi  mahal jenis ini
bila ke China
hamboi ko??? belagak eh???
ok...fully sponsored by ........
(thanks Mr P...... semoga rezeki anda bergolek datang bagaikan ribut)...
see...sapa kata, keluar berjalan guna banyak duit??? jangan kedekut tau....
ingat tu...(tunjuk kat diri sendiri) 
Kami akhiri jalan-jalan malam 
dengan makan aiskrim MacDonald...
pun ada di kalangan kami yang belanja...
(memang la korang nih murah rezeki...)
*simpan duit US ketat-ketat dlm purse* 

Esok pagi, kami bergegas ke stesen bas...
keluar dari hostel greenforest itu


satu, dua,...enam, tujuh...
eh..sapa yang tak de???
kata lapan orang?
sapa ilang?...


inilah bas yang akan membawa kami ke sempadan China - Vietnam
....tadi sapa ilang???
Yang sebenarnya Dan Arif terpaksa pendek kan tripnya dengan kami
dan balik ke Malaysia pagi itu.
Demi kerja dan ada hal lain kena uruskan...
maka..ketua rombongan diletak di atas bahu John & Janggel
untuk menjaga kami nih sume...
selamat melintas sempadan...

check tempat duduk.
ok..bukan tegak 90 darjah
boleh baring2 tido...
yes!!

kami dibekalkan ini

roti nih sedap tau!!!
perjalanan kami bermula... 

kelihatan mereka yang kaya dgn duit China tukar duit lalu menjadi kaya dengan duit Vietnam pula
berhenti di salah satu rehat n rawat..
sapa nak gi tandas...silakan
sapa nak beli makanan..silakan
dan sapa ada belen duit China..nak tukar ke Dhong (Vietnam)..silakan


kami dah hampiri sempadan
BUKAN lalu ikut terowong tuh
BUKAN

selepas melepasi 'checkpoint' dimana askar China memeriksa pasport kami dalam bas
melihat muka kami sama tak dengan muka dalam paspot
kami tiba di sini
dengan terpinga-pinga...
kami keluar hangkut SEMUA beg kami
ikut aje warga tempatan buat camneh...
tiada arahan dalam bahasa omputih..
masing2 bercakap dalam bahasa tempatan.
clueless...





just follow the crowd.
kami menaiki buggy ini
ke pusat kastam negara China
beratur dengan warga Vietnam dan warga China
yang rata-rata muka mereka hampir sama
yang rata-rata mereka pelik nengok kami pegang pasport warna merah
kami akhirnya keluar dari bangunan kastam China
berjalan ke ...
nampak tak palang tuh? haa..ko dah kira langgar sempadan negara selepas melepasi palang tuh...


tanah jajahan negara Vietnam.
Welcome to Vietnam...
bermulalah acara cekalkan diri tabahkan hati
mendapatkan pasport kami dichop 
oleh pihak kastam Vietnam

tiada sistem beratur
"ko sampai dulu tak semestinya ko boleh selesai dulu"
noooo..unless ko selitkan helaian kertas berupa matawang mereka
kami tak buat tu
kami tunggu dengan penuh amanah...(huh?)
kening John dah hampir bertemu ruas..menahan geram
 begitu juga Janggel
hampir 1.5 jam masa kami sia-sia di sini
manakala pada mereka yang menyogok...tak sampai 20 minit..elok je lepas???
haishhh!!!!
(I LOVE MALAYSIA)*tetiba?*
selepas nama kami dipanggil dan tunjuk muka masing-masing
dan scan beg
kami naik buggy yg sedia menanti
ke

sini
ah sudah...nak naik bas mana satu nih weh???


oh ya.
kami telah diberi tag sangkut kat leher
tertera nama bas sebaik sahaja kami kuar dari bas di china
di sini, operator bas mengecam kami
dan dibawa kami naik bas hijau plak

yeaaaa...
akhirnya..
perjalanan kami bersambung kembali


menulis nama di sini


henpon mengeluarkan pesanan ini

disebabkan fobia dengan tandas awam di China
wa tak minum air dengan banyak
tapi wa kumpul botol air nih..
heheh
jangan risau..bekalan air mineral sentiasa ada di dalam bas 

tadi, 3.5 jam perjalanan Nanning ke sempadan negara
sekarang, sila tabah dengan 8.5 jam 
untuk sampai di tempat
di mana

boleh nikmati permandangan ini
buat sementara waktu..sila tido...lama tuh weh...
tamat sudah perjalanan kami di China
dan bermula episod kami di Vietnam
*lap keyboard sebab banyak nau peluh mercik...*
.
.
korang leh ke bersabar baca??
hehehe


16 comments:

Dinas Aldi said...

Bolehhh! Dik Anash tulih akak mesti baca punyalah tak kira panjang mana pun sebab lu tulis lawak la beb, tak jemu baca, hehe. Gigih tengah2 malam dok baca blog orang tak tidoq lagi, mesok keja weh.

Awat teksi depa tak berenti eh.

Nasib baik seat bas tu tak 90 darjah macam tren haritu.

Macam Thailand jugak nak kena sogok2, isy.

dzuchan said...

myGod..Halong Bay..
saya tgk dlm Samantha Brown hari tu
terus guling2 depan umah
mak saya tnaya "apehal ni, kena sampuk ke" *cerita rekaan*

gigih hangpa cross border, naik bas segala ...tahniah.
tapi jika itu pengorbanan nk ke halong Bay, I sanggup..:-)

Dr Singa said...

saya kagum..
berani merentas China-Vietnam gitu..



sebab saya dah serik ke China
yang kotor.. kiasu ..tak reti beratur.. penipu..

Biqque said...

huyuh bestnyer merentasi sempadan! rasa mcm org buruan tak? hehehe...

tak sabar nak baca cite halong!

Jari Manis said...

Ramai jugak penunggang motosikal di Nanning eh..dh mcm kat HCM Vietnam pulak.

Kesian John..tak henti2 tahan teksi tapi tak ada yg berhenti eh..maybe teksi tu ada penumpang kot

Mcm best je travel merentasi sempadan beramai2..

Sambung je cerita JM tak jemu nak mambaca heee

Ren said...

Huh beg kotak sape la yg saya bawak tu!!! Nyampah.

Anash said...

Kak Dinas,
heheh...royal reader !!!
(dah abis lum check paper student ?)
tatau la teksi tuh tak mau berhenti.
tatau nak cakap omputih kot?
hehe
kan? siap test2 main adjust kerusi bas kasi turun lebih 90 darjah..

iya..sogokan amat ketara tanpa rasa bersalah...

Anash said...

dzuchan,
pehal pi guling depan rumah?
tak manis dipandang orang tau!
hehe

gigih cros overland nih
sebab nak tgk susah ke senang?
rupanyer....sendiri mau ingatla

iya Halong Bay...next entry

Anash said...

DrSinga,
ada juga kata-kata opismate berbunyi begitu...
tak pe
kata nak 'adventure'?
(adventure ke tuh???)
hehehe
tapi tak sangka leh buat cross border...(leh cite kat cucu nanti..ops)

Anash said...

Biqque,
terasa mcm buruan?
ada le sket2...risau pun ada...dibuatnya dihangkut kami jual tempat lain???

nasib baik selamat...Alhamdullilah...

Halong Bay? biasa biasa je citernyer...hehe
tunggu

Anash said...

jarimanis,
iya...mcm di Hanoi, HCM..rata2 nya sama je ..moto banyakk...

memang kesian John...berpeluh2 jadinyer...(baling tisu)

iya..travel ramai2 kena pandai bertolak ansur...
memang seronok

sabar eh...entry seterusnya akan muncul (ntah bila? haha)

Anash said...

Janggel,
akak tau..akak tau..beg kotak sapa tuh...gi tagih mintak dia belanja..kan???

masMZ KaKiJaLaN said...

owhhhh saya ikut yerrr g seberang seberang nih?? ker kembar saya jer tuh????? wahahahahahaa....

blog updated tpi bukan siri serupa... kbai kakkkkk...

NIZHAMA said...

Negara asal saya ni kak anash... dah baca pengalaman janggel, membawa ke sini lah pulok... Bila lak John nok cite sampai sini, baru kat Hong Kong kalau tak silap

Anash said...

masMZ,
janji updet blog
tapi tuh laa
pesal dia tak otomatik update dlm blogroll akak?

BUKAN kembar masMZ...ok?

Anash said...

NIZHAMA,
wah..memang mengikuti blog John & Janggel eh?
terima kasih sebab drop komen
negara asal? memang lahir di Vietnam??? pan-asian nih!!

hehe